suria

Louis Van Gaal Sedia Letak Jawatan

LOUIS VAN GAAL sedia melepaskan jawatan di Manchester United jika tidak lagi mendapat kepercayaan oleh pemain dan pegawai.

Ketegasan jurulatih kelahiran Belanda itu bukan perkara baru kerana dia pernah bertindak demikian ketika membimbing AZ Alkmaar.

Van Gaal sepatutnya kini memerlukan sokongan daripada penolong, pegawai dan pemain untuk memastikan United layak ke saingan Liga Juara-juara Eropah pada musim depan.

Namun difahamkan, beberapa pemain dan penolongnya, Ryan Giggs tidak gembira dan bersetuju dengan taktikal Van Gaal ketika ini.

Malah persoalan juga timbul terhadap prestasi teruk pemain seperti Angel di Maria, Radamel Falcao, Juan Mata dan Ander Herrera.

Bekas jurulatih Barcelona itu memberitahu," apabila diri saya dapat sesuai dengan pemain, saya tidak akan mempunyai sebarang masalah.

"Jika tidak ia mungkin akan menjadi lebih susah."

Manchester United

Artikel Lain