suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rafael Benitez Ganti Manuel Pellegrini Di Man City

BEKAS jurulatih Liverpool yang kini membimbing Napoli, Rafael Benitez dilaporkan akan kembali ke Liga Perdana Inggeris sebagai pengurus Manchester City selepas Manuel Pellegrini dipecat.

Benitez kini menjadi pilihan utama pemilik City apabila Pep Guardiola enggan meninggalkan Bayern Munich dan Diego Simione tidak terdesak untuk melepaskan jawatan di Atletico Madrid.

Guardiola dan Simione merupakan pilihan utama City sebelum ini namun kelab gergasi Inggeris itu terpaksa mencari alternatif lain apabila lamaran mereka ditolak.

Pellegrini dilapor akan dipecat pada akhir musim ini selepas dia gagal mendapatkan kemenangan untuk City dalam perlawanan wajib menang pada saingan Liga Perdana Inggeris dan Liga Juara-juara Eropah.

Benitez, 54, pernah memenangi piala UEFA ketika membimbing Valencia, Liga Juara-juara Eropah (Liverpool) dan Liga Europa (Chelsea).

Manchester City

Artikel Lain