suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kecederaan Martin Skrtel Menakutkan

MARTIN SKRTEL terpaksa diusung keluar pada awal perlawanan selepas mengalami kecederaan tengkuk akibat terjatuh dalam perlawanan suku akhir Piala FA antara Liverpool menentang Blackburn Rovers pada Ahad.

Pemain pertahanan Liverpool itu menunjukkan tindak balas yang kurang baik apabila terjatuh di atas padang selepas cuba merebut bola tanduk dengan Rudy Gestede.

Berikutan itu dia terpaksa dipakaikan pelindung tengkuk sebelum dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut selepas beberapa minit perlawanan itu bermula.

Bagaimanapun ketika diusung keluar dari padang, Skrtel, 30, masih sempat mengangkat tangan kepada penyokong.

Ketiadaan pemain Slovakia itu kemudian digantikan dengan Kolo Toure yang berjaya memainkan peranan sebaiknya di posisi penting itu.

Dalam perkembangan terbaharu pada malam Ahad, Skrtel dilaporkan berkata," semuanya dalam keadaan baik. Saya cuma tidak sedarkan diri sekejap sahaja.

Liverpool, Martin Skrtel

Artikel Lain