suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

PSG Mahukan Di Maria Jika United Lamar Lavezzi

MANCHESTER UNITED dilapor telah menyertai persaingan bersama beberapa kelab lain untuk mendapatkan pemain tengah PSG, Ezequiel Lavezzi.

Di antara kelab tersebut, Liverpool dilaporkan antara pasukan yang sedang giat berusaha mendapatkan pemain Argentina itu.

Bagaimanapun, United mempunyai peluang cerah untuk mendapatkan Lavezzi jika kelab itu sedia menyerahkan Angel Di Maria.

Hal ini kerana, PSG sedia melepaskan pemain terbabit jika United bersetuju menyerahkan bekas pemain Real Madrid terbabit.

Media Perancis melaporkan, tidak menjadi sesuatu yang mustahil untuk Di Maria ke PSG pada musim depan berdasarkan prestasinya yang semakin dikritik penyokong.

Malah pemain terbabit juga seakan tidak gembira berada di United ketika ini.

Manchester United

Artikel Lain