suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pellegrini Pertahan Keputusan Ketepikan Kompany

Kompany (kiri) hanya menjadi pemerhati ketika aksi Man City bertemu Leicester awal pagi Khamis.
PENGURUS Manchester City, Manuel Pellegrini mengakui dia perlu mengembalikan semangat skuadnya dan ketepikan isu kapten Vincent Kompany ketika aksi kemenangan 2-0 ke atas Leicester dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris awal pagi Khamis.

Kompany tidak tersenarai dalam barisan utama Pellegrini dan hanya memanaskan bangku simpanan bersama Pablo Zabaleta dan Edin Dzeko, manakala Samir Nasri dan Fernandinho turut terkeluar.

“Kami ada skuad yang kami mahukan dan ia adalah saat yang paling sesuai untuk mengembalikan semangat pasukan.

“Atas alasan sama, Pablo Zabaleta, Vincent Kompany, Ferbandinho, Samir Nasri, Edin Dzeko yang sentiasa bermain dan saya yakin keputusan itu amat penting untuk mengembalikan semangat dari segi mental dan fizikal selepas mengharungi dua perlawanan sukar,” jelas Pellegrini.

Pemain pertahanan itu menerima kritikan selepas City tewas kepada Barcelona dan Liverpool minggu lalu.

Jelas Pellegrini, kebiasannya kehadiran Kompany menjadi inspirasi bagi skuadnya, namun kebelakangan ini pemain itu gagal menyerlah.

Artikel Lain