suria

Terengganu Dahaga Kemenangan Ke Atas ATM

KUALA TERENGGANU: Pasukan bola sepak Terengganu ingin melakar kemenangan dalam pertembungan menentang pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam aksi keempat saingan liga di laman sendiri, Sabtu ini.

Pemain pertahanan tengah skuad penyu Ahmad Nordin Alias berkata biarpun ketika ini ATM masih mencari rentak permainan, namun para pemain tidak memandang rendah dan menganggap perlawanan mudah walaupun pasukan lawan mereka masih mencari kemenangan sulung.

Beliau yang diberi kepercayaan menjadi kapten dalam tiga perlawanan sebelum ini berkata kesemua barisan pemain perlu memberi tumpuan dan tidak boleh leka semasa menentang ATM kelak.

"Saya cuma harap pasukan Terengganu dapat menggunakan peluang sebaiknya melakar kemenangan walaupun ATM dilihat masih belum menemui rentak kemenangan.

"Kita akan memberikan yang terbaik dalam perlawanan menentang ATM.

Bagaimanapun, para pemain perlu mengatasi senario tekanan sehingga mudah hilang bola," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas sesi latihan di sini, Rabu.

Ahmad Nordin berkata para pegawai dan ketua jurulatih juga banyak memberi penekanan dalam aspek ini.

Menurutnya skuad Peteh Ganu Peteh itu juga mula menunjukkan keserasian para pemain selepas mengharungi beberapa perlawanan dalam saingan Liga Super.

Ia berikutan nilai kekeluargaan yang diterap dalam pasukan untuk bersama-sama melakar kejayaan dalam kempen Liga Super musim ini.

"Setiap pemain akan bantu-membantu antara satu sama lain apabila dalam padang untuk memastikan arahan dan taktikal dilakukan jurulatih dapat dilaksanakan sepenuhnya.

"Justeru, sikap kekeluargaan ini dapat membantu meningkatkan lagi persefahaman antara para pemain ketika beraksi di padang," katanya.

Terengganu, ATM

Artikel Sebelum

Artikel Lain