suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Terbuka Mexico: Maria Sharapova Tumpaskan Magdalena Ryabarikov Mara Ke Separuh Akhir

Maria Sharapova

> Maria Sharapova tumpaskan pemain Slovakia, Magdalena Ryabarikova 6-1 4-6 6-2

> Dia kini mara ke separuh akhir bertemu Caroline Garcia

> Garcia pula kalahkan Mirjana Lucic-Borini

PEMAIN pilihan pertama, Maria Sharapova mara ke separuh akhir Kejohanan Tenis Terbuka Mexico selepas menumpaskan pemain Slovakia, Magdalena Rybarikova 6-1 4-6 6-2 pada malam Khamis.

Sharapova akan bertemu pemain pilihan ketiga, Caroline Garcia dari Perancis.

Caroline mara ke separuh akhir selepas lawannya, Mirjana Lucic-Baroni menarik diri kerana tercedera ketika kedudukan 6-2 2-1.

Dalam satu lagi perlawanan suku akhir, pemain Bulgaria, Sesil Karatantcheva menumpaskan Monica Puig dari  Puerto Rico, 2-6, 7-6 (7), 6-4 manakala pilihan kelima, Timea Bacsinszky dari Switzerland menundukkan Johanna Larsson dari Sweden 6-3 6-3.

Dalam kategori lelaki pula, pilihan utama, Kei Nishikori dari Jepun menumpaskan pilihan kelima Alexandr Dolgopolov dari Ukraine 6-4 6-4 untuk mara ke separuh akhir.

Nishikori akan berhadapan pilihan keempat, Kevin Anderson dari Afrika Selatan yang menumpaskan pemain Serbia, Viktor Troicki 3-6 6-3 6-3.

Dalam satu lagi perlawanan suku akhir, Ryan Harrison dari Amerika Syarikat mengalahkan pemain pilihan keenam, Ivo Karlovic dari Croatia 4-6 7-6 (0) 7-6 (4) dan pemain pilihan kedua, David Ferrer menumpaskan pemain  Australia, Bernard Tomic 6-4, 3-6  6-1.

Artikel Lain