suria

Piala FA: Melaka United Tidak Gentar Hadapi Terengganu

MELAKA: Melaka United tidak akan merasa gentar apabila bertemu Terengganu dalam pertemuan pertama Piala FA mereka di gelanggang sendiri Sabtu ini.

Pengurusnya Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata walaupun menyedari Terengganu mempunyai pemain hebat terutama pemain import, namun kelibat mereka tidak akan melemahkan semangat pemainnya.

"Saya harapkan sokongan penonton untuk datang beramai-ramai ke Stadium Hang Jebat," katanya kepada Bernama.

Namun beliau yang juga Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Melaka United bersifat realistik dengan tidak meletak harapan menggunung pada perlawanan itu, tetapi mahukan pemainnya bermain berhabis-habisan.

Beliau berkata Melaka United yang dibimbing jurulatih berpengalaman Md Zan Md Aris telah menjalani latihan persediaan dan perlawanan persahabatan pra musimsejak September tahun lepas.

Dalam 16 perlawanan persahabatan itu, Melaka United mencatat enam kemenangan, enam seri dan empat kekalahan.

Melaka United

Artikel Lain