suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tenis Terbuka Malaysia BMW: Hsieh Su-wei, Saisai Terajui Cabaran Asia

Hsieh Su-wei juara Terbuka Tenis Malaysia BMW 2012.

KUALA LUMPUR: Pemain Taiwan Hsieh Su-wei dan Zheng Saisai dari China akan kembali beraksi di negara ini, untuk mengetuai cabaran Asia pada Terbuka Malaysia BMW di Kelab Golf Diraja Selangor dari 2 hingga 8 Mac ini.

Su-wei, 29, juara Terbuka Malaysia BMW 2012, kembali dengan harapan untuk menyambung semula aksinya dalam acara perseorangan, manakala Saisai, 21, yang kini pemain ke-76 dunia, berhasrat mengejar kejayaan lebih membanggakan bagi dirinya.

Kedua-dua pemain berkenaan pernah beraksi di Kuala Lumpur, dengan Su-wei berjaya merangkul kejuaraan tiga tahun lepas, manakala pada tahun lepas, Saisai yang berpasangan dengan Chang Yung-jan, muncul naib juara acara beregu, kata penganjur kejohanan tersebut.

Saisai masih memburu kejuaraan kali pertama dalam acara perseorangan setelah meraih gelaran juara acara beregu Persatuan Tenis Wanita (WTA) ketika berpasangan dengan Su-wei pada Terbuka Wanita Antarabangsa Guangzhou 2011.

Hsieh Su-wei, Zheng Saisai

Artikel Lain