suria

Mourinho Bakal Dihukum Lagi

JOSE MOURINHO bakal menjadi pengurus pasukan Liga Perdana Inggeris pertama yang didenda kerana enggan menemui media seperti yang diwajibkan.

Pihak pengurusan liga sebelum ini menyatakan untuk meminta Mourinho mengemukakan sebab dia tidak menemui media ketika sebelum dan selepas perlawanan pada Sabtu lalu.

Mourinho dilaporkan cuba 'mengunci mulut' selepas berang dengan tindakan FA yang menggantung Diego Costa daripada beraksi dalam tiga perlawanan kerana menggasari Emre Can dalam saingan Piala Capital One.

Mourinho juga dikatakan berang terhadap pengacara siaran televisyen SKY yang mendorong pengendali Manchester City, Manuel Pellegrini untuk menyaksikan semula perlawanan itu dan membuat tuntutan supaya Costa digantung.

Hasil tindakan Pellegrini, City berjaya mengeluarkan Costa daripada terlibat dalam perlawanan yang berakhir dengan seri 1-1.

Tindakan Mourinho enggan bercakap kepada media dikatakan bertentangan dengan Seksyen K peraturan Liga Perdana Inggeris.

Chelsea, Mourinho

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain