Nicol Juara Cleveland Classic Kali Ketiga - Sukan | mStar

Nicol Juara Cleveland Classic Kali Ketiga

KUALA LUMPUR: Ratu skuasy negara, Datuk Nicol David merangkul gelaran juara Kejohanan Cleveland Classic 2015 di Ohio, Amerika Syarikat pada Rabu, sekali gus melakarkan kemenangan pertama tahun ini.

Nicol membuktikan keunggulannya sebagai pemain nombor satu dunia apabila dengan mudah mengalahkan musuh tradisinya, Raneem El Welily dari Mesir dengan keputusan 11-5, 11-9 dan 11-4 pada final di Cleveland Racquet Club.

Sebelum ini, Nicol merangkul gelaran pertama kejohanan itu pada 2012 dan 2014.

Kemenangan tersebut merupakan gelaran ke-79 buat pemain berusia 31 tahun itu dalam penampilannya di 98 perlawanan final.

Isnin lepas, Nicol mecipta rekod dunia apabila dapat bertahan selama 106 bulan sebagai pemain nombor satu dunia dalam senarai terbaru Persatuan Skuasy Wanita (WSA).

Anak kelahiran Pulau Pinang itu, yang memegang status pemain nombor satu dunia sejak Januari 2006, mengatasi pemegang rekod Susan Devoy dari New Zealand selama 105 bulan sejak Februari 1993.

Nicol Ann David , Cleveland Classic

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain