suria

F1: Sauber Dedah Jentera Baharu C34 Jumaat Ini

Jentera Sauber musim lalu.

PASUKAN Sauber bakal memperkenalkan jentera baharu perlumbaa Formula Satu (F1) secara online pada Jumaat ini, dua hari sebelum bermula sesi percubaan di Jerez.

Musim ini Sauber membuat perubahan besar dengan membariskan pelumba-pelumba baharu iaitu bekas pelumba ujian pasukan Williams Felipe Nasr dan juga Marcus Ericsson (Caterham) selepas aksi hambar tahun lalu.

Ericsson dijangka bakal menguji jentera C34 di Jerez pada Ahad ini, sebelum Nasr mencubanya dua hari selepas itu.

Sauber bakal menjadi pasukan F1 keempat yang memperkenalkan jentera baharu musim ini.

Sebelum ini pasukan Williams dan Lotus telah mendedahkan imej terbaharu jentera masing-masing manakala McLaren akan berbuat demikian pada Khamis.

Selain itu, pasukan Ferrari dilaporkan juga akan memperkenalkan jenteranya pada Jumaat ini.

Sauber, F1

Artikel Lain