suria

Liga Hoki Dunia: Malaysia Layak Ke Final

Pemain Malaysia, Faizal Saari membawa bola ketika menentang Jepun pada perlawanan separuh akhir saingan pusingan kedua Hoki Liga Dunia 2015 di Stadium Hoki Sengkang di Singapura.

SINGAPURA: Malaysia layak ke final selepas mengalahkan Jepun 3-2 menerusi penentuan penalti selepas terikat 1-1 pada perlawanan separuh akhir pusingan kedua Liga Hoki Dunia di sini, petang Sabtu.

Gol Malaysia dijaringkan Muhammad Marhan Mohd Jalil (minit kelima), manakala 10 minit kemudian Jepun menyamakan kedudukan menerusi jaringan Kenta Tanaka (minit ke-15).

 

Keputusan seri itu membawa kepada penentuan penalti dan kemenangan memihak kepada Malaysia apabila Faizal Saari, Muhammad Firhan Ashari dan Mohd Fitri Saari berjaya membolosi gawang Jepun.

Dua jaringan penalti Jepun oleh Kenta Tanaka dan Tomonori Ono membawa kepada keputusan 3-2, sekali gus melayakkan Malaysia ke perlawanan akhir.

Liga Hoki Dunia, Malaysia, Jepun, final

Artikel Lain