suria

Terbuka Australia: Nadal Tewaskan Pemain Degil Amerika Syarikat

JAGUH tenis Sepanyol, Rafael Nadal terpaksa bekerja keras menewaskan pemain Amerika Syarikat (AS) Tim Smyczek sebelum mara ke pusingan ketiga Terbuka Australia pada Rabu.

Kedegilan pemain AS itu memaksa Nadal bermandi peluh  hampir empat jam lebih untuk mencatat kemenangan 6-2 3-6 6-7(2) 6-3 7-5.

Pemain pilihan ketiga itu yang masih lagi belum sembuh daripada kecederaan sejak tahun lalu menguasai permainan pada set pertama dalam tempoh 30 minit.

Namun pada babak kedua Nadal merungut berasa sedikit pening sekaligus memberi peluang kepada Smyczek mencatat mata kemenangan pada set ini.

Pada set ketiga, Nadal yang menjulang trofi kejohanan ini pada tahun 2009 ini bangkit menyembunyikan kelemahannya sehingga mengikat keputusan tie-break, tetapi Smyczek menunjukkan kuasanya untuk mendahului pada set ini.

Bagaimana pun, Nadal mengubah corak permainannya pada set keempat dan tindakan itu berjaya mengetepikan Smyczek.

Dan set kelima yang menjadi penentuan selepas empat jam, Nadal berjaya mencipta kemenangan penuh epik untuk mara ke aksi seterusnya.

Rafael Nadal, Terbuka Australia

Artikel Lain