suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Piala Itali: Cole Bingung Selepas Terkena Sepakan Vecino

Cole (kiri) dibawa keluar oleh pasukan perubatan.

PEMAIN pertahanan Roma, Ashley Cole terpaksa dikeluarkan dalam tempoh 24 minit permainan aksi suku akhir Piala Itali kerana 'pening' selepas terkena sepakan pemain lawan.

Bekas pemain veteran Chelsea ini kelihatan kebingungan dan pening selepas pemain tengah lawan Matias Vecino tidak sengaja melayangkan sepakan ke dagunya.

Cole disenaraikan dalam barisan utama skuad buat kali pertama sejak 22 November lalu, namun malang buatnya kerana tidak dapat meneruskan aksi permainan dan digantikan dengan Jose Cholevas.

Cole terpaksa dipapah keluar dan menaiki 'buggy' pasukan perubatan dan tidak kembali ke padang lagi selepas itu.

Pada aksi tersebut Roma menang 2-1 ke atas Empoli.

Ashley cole

Artikel Lain