suria

Tenis Terbuka Australia: Juara Bertahan Tumpaskan Pemain Ranking Ke-100

JUARA bertahan, Stan Wawrinka menumpaskan pemain ranking ke-100 dunia, Marsel Ilhan, 6-1, 6-4, 6-2 pada Selasa untuk mara ke pusingan kedua.

Wawrinka yang menumpaskan Rafael Nafal dalam final tahun lalu untuk merangkul gelaran Grand Slamnya yang pertama akan bertemu sama ada Pablo Andujar atau Marius Copil di pusingan kedua.

Pemain keempat dunia berusia 29 tahun itu mengambil masa satu jam 29 minit untuk menumpaskan pemain dari Turki itu.

Wawrinka menang mudah pada set pertama tetapi pada set kedua, Ilhan memberikan tentangan sengit sebelum mengalah 6-4. Pada set penamat, Wawrinka sekali lagi menguasai gelanggang dan menang 6-2.

Artikel Lain