suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tenis Terbuka Australia: Andy Murray Tewaskan Yuki Bhambri

Andy Murray

ANDY Murray yang menyertai kejohanan Tenis Terbuka Australianya yang ke-10 berjaya menumpaskan pemain India, Yuki Bhambri, 6-3 6-4 7-6 (7-3) pada pusingan pertama di sini, Isnin.

Murray bertandang ke Melbourne dengan harapan untuk memusnahkan taboo dan sejarah sebelum ini iaitu tidak ada pemain yang tewas dalam tiga perlawanan akhir di sini muncul sebagai juara selepas itu.

Bagi Bhambri pula, ini adalah kejohanan Grand Slamnya yang pertama. Pemain berusia 22 tahun itu, adalah pemain ranking ke-317 dunia.

Terbuka Australia adalah acara pembuka tirai siri Grand Slam selain Terbuka Perancis, Wimbledon dan Terbuka Amerika Syarikat.

Murray, 27, aalah pilihan keenam dalam kejohanan berprestij ini.

Dia seterusnya dijadual untuk bertemu pemain tempatan, Marinko Matosevic dalam pusingan kedua pada Rabu.

Murray kini dilatih oleh bekas pemain wanita yang juga pemenang Terbuka Perancis, Amelie Mauresmo serta dibantu oleh jurulatih kecergasan yang baru Matt Little.

Artikel Berikut

Van Gaal Penuhi Hasrat Penyokong

Artikel Lain