Ronaldo Julang Trofi Ballon d'Or Buat Kali Ketiga - Sukan | mStar

Ronaldo Julang Trofi Ballon d'Or Buat Kali Ketiga

BINTANG Real Madrid, Cristiano Ronaldo merangkul anugerah Ballon d’Or buat kali ketiga mengetepikan penyerang Barcelona Lionel Messi dan penjaga gol Bayern Munich Manuel Neuer pada majilis Anugerah Ballon d’Or 2014 di Zurich awal pagi Selasa.

Ronaldo menjadi pilihan mengekalkan trofi ini selepas turut dipilih sebagai Pemain Terbaik pada tahun 2013 dan 2008.

Penyerang Portugal ini membantu Real Madrid merangkul trofi Liga Juara-Juara dengan menewaskan Bayern Munich pada saingan separuh akhir sebelum menang secara penalti ke Atletico Madrid di pentas akhir.

Sementara itu, jurulatih Jerman Joachim Loew dinamakan sebagai Jurulatih Terbaik FIFA 2014 selepas bersaing hebat dengan pengurus Atletico Madrid, Diego Simeone dan bos Real Madrid, Carlo Ancelloti.

Simeone membawa Atletico meraih gelaran juara Liga manakala Ancelotti menamatkan kemarau gelaran ke-10 Liga Juara-Juara.

Artikel Sebelum

Mourinho Kutuk Pengadil Terlalu Gemuk

Artikel Berikut

Pusat Akuatik Nasional Perlu Dibaik Pulih

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

Artikel Lain