suria

Terbuka Qatar: Ivo Karlovic Cipta Kejutan Singkir Novak Djokovic

Aksi Karlovic ketika perlawanan menentang Djokovic.
BINTANG dari Croatia Ivo Karlovic mara ke peringkat separuh akhir apabila menyingkirkan pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic dalam perlawanan suku akhir di Terbuka Qatar.

Karlovic, pemain nombor tujuh dunia mencatatkan keputusan 6-7 (2) 7-6 (6) 6-4 dalam masa dua jam dan 15 minit dalam perlawanan yang mendebarkan di Doha.

"Beliau membuat pukulan dengan begitu baik," kata Djokovic.

"Tetapi anda boleh menjangkakannya. Dalam perlawanan itu saya mengetahui bahawa saya akan mempunyai peluang yang sangat sedikit.

"Tetapi saya berharap bahawa keadaan ini dan keadaan angin akan memberikan saya beberapa peluang untuk pukulan kedua."

Pemain Serbia itu bagaimanapun menjadi semakin tertekan kerana lawannya itu berjaya membuat pukulan servis  yang baik dan kekecewaan yang ditunjukkan menyemarkkan lagi semangat pemain dari Croatia itu.

"Saya memandang kepadanya apabila dia melemparkan raket dan apabila dia melakukan smash, jadi saya tahu bahawa dia sedikit kecewa," kata Karlovic. "Jadi saya hanya cuba untuk bertenang."

Karlovic akan berdepan David Ferrer dalam separuh akhir yang menewaskan pemain Sepanyol Dustin Brown 6-2 6-2.


Keputusan penuh suku akhir perseorangan lelaki Terbuka Qatar, Khamis: 

Andreas Seppi (Itali) - Ivan Dodig (Croatia) 7-5 6-4

Tomas Berdych (Republik Czech) - Richard Gasquet (Perancis) 6-2 6-1

Ivo Karlovic (Croatia) - Novak Djokovic (Serbia) 6-7 (2) 7-6 (6) 6-4

David Ferrer (Sepanyol) - Dustin Brown (Jerman) 6-2 6-2

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain