suria

Man United Tawar De Gea Kontrak Baharu, Valdes 18 Bulan

MANCHESTER UNITED mengambil tindakan pantas dengan menawarkan kontrak baharu kepada penjaga gol utamanya, David de Gea sebaik sahaja menandatangani bekas penjaga gawang Barcelona, Victor Valdes.

United mengikat Valdes dengan kontrak selama 18 bulan serta penyambungan setahun dan pengendali kelab itu, Louis van Gaal turut mengesahkan bahawa penjaga gol berusia 32 tahun tidak akan menggugat kedudukan De Gea.

Kemasukan Valdes dibimbangi membawa risiko kepada penghijrahan De Gea dan berikutan itu United akan memanjangkan kontrak pemain kelahiran Sepanyol berkenaan.

Valdes bersalaman dengan Van Gaal selepas menandatangani kontrak selama 18 bulan bersama United.

De Gea yang mempunyai baki kontrak selama 18 bulan di United ketika ini merupakan sebagai penjaga gol terbaik dunia selepas mempamerkan aksi memberangsangkan.

Valdes ketika ditemubual MUTV berkata," Saya fikir sekarang, dia (De Gea) merupakan penjaga gol terbaik dunia.

Valdes diperkenalkan kepada media selepas disahkan menjadi milik United.

"Prestasinya pada setiap hari dan setiap perlawanan berada pada tahap tertinggi. Dia berada pada tahun terbaik. Oleh itu saya rasa dia adalah penjaga gol terbaik dunia.

"Saya di sini (Old Trafford) untuk membantu semua orang. Untuk membantu jurulatih dan pemain lain. Saya sebahagian daripada pasukan ini dan bukan masalah," jelasnya.

Valdes akan memakai jersi penjaga gol berwarna hijau.


Manchester United

Artikel Sebelum

Artikel Lain