suria

Liverpool Bukan Pilihan Pemain Bertaraf Bintang

PENGENDALI Liverpool, Brendan Rodgers mengakui susah untuk menarik perhatian pemain bertaraf dunia untuk ke kelab itu berdasarkan prestasi semasa yang tidak menentu.

Bagimanapun, kelab itu tiada pilihan, sebaliknya perlu memancing pemain bertaraf bintang untuk menampung keperluan di posisi penting termasuk selepas ketiadaan Steven Gerrard.

Jurulatih The Kop itu kehilangan Alexis Sanchez pada awal musim lalu selepas pemain terbabit memilih untuk menyertai Arsenal.

Rodgers turut mengakui ramai pemain menuntut gaji tinggi untuk menyertai kelab di England memandangkan kos gaya hidup di London berbeza, namun dia tetap yakin mampu mendapatkan pemain bertaraf bintang.

"Ini adalah Liverpool, kami merupakan sebahagian kelab terkemuka dan terbaik dunia, kami perlu percaya ianya akan menjadi lebih sempurna.

"Tahun lalu, kami berjaya menamatkan liga sebagai naib juara dan layak ke saingan Liga Juara-juara Eropah, itu membuktikan kami mampu," jelasnya.

Liverpool

Artikel Berikut

Artikel Lain