suria

Rosberg Luah Ucapan Hari Lahir Untuk Hamilton

Rosberg (kiri) bersama kawan dan pesaingnya, Hamilton.

NICO Rosberg mengharapkan 'musuh' terdekatnya Lewis Hamilton lebih mudah ditewaskan dalam saingan Formula Satu musim ini.

Harapan tersebut diluahkan Rosberg di laman Twitter miliknya sempena Hari Lahir ke-30 Hamilton yang juga rakan sepasukan bersama Mercedes.

"30!!!Harap parti yang meriah! Ini adalah hari baik saya. Kini kamu sudah tua dan berharap tahun yang lebih mudah buat saya," jelas pelumba kelahiran Jerman itu di Twitternya.

Musim lalu Rosberg meraih gelaran naib juara, di belakang Hamilton.

Pada saingan tahun lalu, Hamilton menjuarai 11 aksi grand prix sekaligus meraih gelaran juara dunia buat kali kedua, malah turut mencatat rekod pelumba Britain kedua mencatat pelbagai kejayaan selepas Jackie Steward.

Hamilton mula membuat penampilan pertama dalam aksi F1 bersama McLaren pada tahun 2007 dan menjuarai gelaran pertama dunia setahun selepas itu.

Manakala Hamilton dan Rosberg telah berkawan sejak zaman remaja lagi ketika kedua-duanya merupakan rakan sepasukan ketika menyertai go kart, namun hubungan persahabatan itu diuji dengan saingan F1 tahun lalu.

"Seperti tidak percaya kini sudah 30 tahun. Terlalu banyak memori indah," luah Hamilton di laman facebooknya sambil memaparkan gambar ketika dia bayi.

"Saya mengharungi hidup ini dengan penuh bermakna dan bersyukur dengan apa yang dilalui sebelum ini."

F1, Lewis Hamilton

Artikel Lain