suria

F1: GP Korea Selatan Tiada Dalam Kalendar Perlumbaan 2015

Tiada aksi perlumbaan F1 di Litar Yeongam, Korea Selatan tahun ini.

PERSEKUTUAN Automobil Antarabangsa (FIA) mengesahkan Grand Prix Korea tidak tersenarai dalam kalendar perlumbaan 2015.

Pada Disember lalu, pemimpin komersial tertinggi Formula Satu, Bernie Ecclestone membuat keputusan mengejut dengan memasukkan Korea Selatan dalam kalender perlumbaan 2015 sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan 21 pusingan.

Namun sebaliknya berlaku selepas laman web FIA menyiarkan kalendar rasmi F1 dengan hanya 20 perlumbaan sahaja dan Korea tidak tersenarai.

Menurut jurucakap FIA: "Pemimpin Komersial sebelum ini hanya mencadangkan agar GP Korea dimasukkan dalam saingan 2015.

"Pihak FIA menerima cadangan tersebut untuk dinilai. Bagaimana pun ia tidak berlaku dan telah dikeluarkan dalam senarai rasmi perlumbaan".

Ini bermakna dengan ketiadaan GP Korea, pelumba-pelumba mempunyai tempoh rehat panjang selama tiga minggu di antara GP Bahrain (19 April) dan GP Sepanyol (10 Mei).

FIA, F1

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain