suria

#FAMDermaDapur Bantu Ringankan Beban Mangsa Banjir

Hamidin Mohd Amin (tiga kanan) menunjukan kotak-kotak berisi barangan keperluan hasil sumbangan pelbagai pihak yang akan diserahkan kepada mangsa-mangsa banjir.

PETALING JAYA: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) turut tidak mahu terlepas untuk menghulurkan bantuan bagi meringankan beban mangsa-mangsa banjir di Pantai Timur dan negeri lain.

Namun FAM mengambil pendekatan berbeza dalam memberi bantuan kepada mangsa-mangsa banjir yang baginya terdiri daripada penyokong sukan bola sepak negara dengan menyumbangkan peralatan dapur, #FAMDermaDapur.

"Bentuk bantuan ini telah dibincangkan sejak minggu lepas dan kita memutuskan untuk memberi bantuan peralatan.

"Ini kerana sumbangan berbentuk makanan sudah terlalu banyak dan saya yakin pada masa ini peralatan memasak seperti kuali, dapur, sudip, periuk, peralatan mencuci rumah dan  baju sekolah amat penting.

"Sebagai pengelola, dengan sokongan ahli gabungan kelab termasuk persatuan negeri, kelab dan pihak-pihak yang telah menyumbangkan pelbagai barangan.

"Dan sudah tentu jutaan terima kasih juga kepada Firefly yang bekerjasama untuk menghantar barang-barang ini secara percuma," jelas Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin yang turut membuat persiapan mengumpul barang-barang bantuan mangsa banjir di Wisma FAM pada Rabu.

Hamidin berkata, barang-barang ini mula dihantar ke negeri-negeri terbabit bermula Rabu dan Khamis.

Selain itu, Hamidin turut memberitahu program bantuan kepada mangsa banjir melibatkan skuad Bawah 23 kebangsaan.

"Pasukan B23 negara akan ke Kuala Kangsar pada Sabtu dan Ahad ini bagi mengikuti program bantuan banjir di bawah pengurusan Datuk Rozabil Abdul Rahman.


FAM

Artikel Sebelum

Gerrard Sah Sertai LA Galaxy

Artikel Berikut

Artikel Lain