suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemain Arsenal, Alexis Sanchez Diperbodohan Rakan Senegara

Vargas memberi isyarat kepada Green apabila berjaya membaca gerakan Sanchez.

PEMAIN Arsenal, Alexis Sanchez didakwa telah diperbodohkan oleh rakan senegara dari Chile ketika mengambil sepakan penalti dalam perlawanan melibatkan Arsenal menentang QPR pada Jumaat.

Dakwaan itu menjadi topik utama dalam berita Liga Perdana Inggeris apabila Eduardo Vargas yang mewakili QPR dilapor berjaya membaca gerakan Sanchez ketika menyempurnakan penalti.

Vargas dirakam memberi arahan kepada penjaga gol QPR, Rob Green supaya menyelamatkan bola disebelah kanan.

Ramalan Vargas itu kemudian membuahkan hasil apabila Sanchez turut menolak bola ke kanan sebelum ia diselamatkan Green.

Walaupun gagal menyempurnakan penalti, namun Arsenal berjaya menewaskan QPR 2-1.

Sanchez dan Vargas merupakan pemain utama skuad kebangsaan Chile dalam saingan Piala Dunia di Brazil pada Julai lalu.


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain