suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Barcelona Mahu Lanjutkan Kontrak Neymar Hingga 2020

Neymar. Foto AFP

PRESTASI cemerlang yang ditunjukkan Neymar bersama Barcelona membuatkan pengurusan kelab itu cukup berpuas hati.

Dikhabarkan bahawa mereka mahu menyediakan kontrak jangka panjang buat Neymar dalam waktu terdekat.

Menurut ejen Neymar, Wagner Riberio, Barcelona akan menawarkan kontrak baharu buat Neymar sehingga 2020. Pada masa ini, Neymar masih terikat dengan kontrak sehingga 2018.

"Barcelona ingin melanjutkan kontrak Neymar sehingga 2020. Khabar itu sememangnya benar," jelas Wagner.

Sepanjang musim ini, Neymar mencatatkan sebanyak 14 gol untuk Barcelona di semua perlawanan. Neymar meraih 11 gol dalam perlawanan La Liga Sepanyol dan tiga gol pada Liga Juara-Juara.



Artikel Sebelum

Artikel Lain