suria

Falcao Penyelamat United

Falcao menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-53.
BIRMINGHAM: Radamel Falcao menjaringkan gol pada penampilan pertamanya dalam tempoh dua bulan ketika Manchester United terikat 1-1 dengan Aston Villa di Birmingham, malam Sabtu.

Pasukan tuan rumah mendahului seawal babak pertama menerusi jaringan Christian Benteke pada minit ke-18.

United bangkit pada babak kedua apabila Falcao menanduk gol penyamaan untuk mengikis gol pendahuluan Villa menerusi Benteke.

Namun, Villa terpaksa beraksi dengan hanya 10 pemain apabila Gabriel Agbonlahor diperintah keluar padang pada minit ke-65.

Gelagat pengadil Lee Mason mengejutkan pasukan tuan rumah apabila melayangkan kad merah ke atas Agbonlahor yang dikatakan mengasari Ashley Young.

Keputusan itu menamatkan rekod enam kemenangan berturut-turut bekas juara liga itu sebelum ini.

Kini jurang antara United dan pendahulu bersama, Chelsea dan Manchester City adalah tujuh mata.

United menduduki tangga ketiga manakala Villa ke-12.

Artikel Sebelum

Barcelona Menang Bergaya

Artikel Berikut

Keputusan Serie A

Artikel Lain