suria

Barcelona Menang Bergaya

Suarez menjaringkan gol pertamanya bersama Barcelona.
BARCELONA: Barcelona menewaskan Cordoba 5-0 dengan penuh bergaya pada aksi La Liga, awal pagi Ahad dengan penyerang sensasinya, Lionel Messi meledak gol ke-50 bagi musim 2014.

Messi menyumbat dua gol manakala Luis Suarez meledak jaringan pertamanya dalam aksi La Liga selepas berhijrah dari Liverpool.

Kemenangan ini menyaksikan anak didik Luis Enrique berada satu mata di belakang pendahulu, Real Madrid.

Pedro terlebih dahulu meletakkan Barca di hadapan pada minit kedua,   jaringan kedua terpantas dalam La Liga, musim ini.

Namun, perlawanan kekal 1-0 sehingga tamat babak pertama sebelum Suarez meletakkan kedudukan 2-0 pada minit ke-53 untuk gol pertama dalam liga.

Gerard Pique menanduk masuk gol ketiga pada minit ke-80 sebelum Messi menyumbat masuk dua gol pada minit ke-82 dan 90. 

Barcelona kini mengumpul 38 mata, ketinggalan satu mata dibelakang pendahulu Real Madrid.

Barcelona, La Liga

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Falcao Penyelamat United

Artikel Lain