suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

'Tiada Yang Lebih Baik Dari Saya Sebagai Pengurus Liverpool' - Rodgers

Brendan Rodgers. Foto AFP

PENGURUS Liverpool, Brendan Rodgers menyatakan bahawa prestasi buruk Liverpool pada awal musim 2014/15 adalah wajar berlaku.

Pengurus dari Utara Ireland itu membuat penilaian bahawa tiada pengurus lain yang lebih baik daripada dirinya buat Liverpool pada masa ini.

Liverpool yang kini berada pada kedudukan kesembilan dalam Liga Perdana Inggeris dengan 21 mata membuatkan Rodgers dikritik.

Apatah lagi apabila The Reds telah tersingkir dari saingan merebut kejuaraan Liga Juara-Juara.

Dengan banyak pemain baharu dan pemain yang cedera, Rodgers mengaku perkara itu amat wajar. Malah perkara tersebut dilihat Rodgers sebagai yang lebih baik yang dihadapi The Reds ketika ini dengan kekurangannya jika dibandingkan pada musim lalu.

"Saya fikir apa yang saya katakan adalah jelas. Saya tidak fikir adalah sesiapa yang lain yang boleh melakukan tugas di sini. Tujuh bulan lalu, kami hampir merebut gelaran tanpa dijangka. Saya sering menghabiskan masa bersama para pemain dan membawa pasukan lebih dari jangkaan yang tidak berlaku sebelum ini.

"Ia merupakan satu permulaan yang sukar dengan pemain-pemain baharu, kekurangan waktu untuk latihan dan ramainya pemain muda. Saya tidak fikir ada sesiapa yang lain dapat menangani perkara ini," kata Rodgers.

Tambahnya, beliau sudah pun berada dalam pasukan Liverpool sejak dua setengah tahun lalu dan melalui pengalaman bersama dan melihat apa yang boleh dilakukan menerusi para pemain pada masa terbaik.

"Sudah menjadi satu kebiasaan (kritikan dan desakan untuk digantikan dengan pengurus baharu) apabila anda tidak menang perlawanan, bola sepak hanya tempoh yang sangat pendek. Orang yang sama mungkin enam atau tujuh bulan lalu, saya tidak melakukan sebarang kesilapan.

"Inilah cara kerja dalam dunia bola sepak. Anda perlu terimanya sebagai pengurus dan berjuang malah dengan lebih keras lagi bagi meraih kejayaan," kata Rodgers.

Artikel Lain