suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wenger Dapat £20 Juta Tambah Pemain Pertahanan

ARSENE WENGER akan diberikan sebanyak £20 juta pada tingkap pemindahan Januari ini sebagai usaha membentuk skuad yang lebih baik untuk Arsenal.

Berikutan itu, Wenger dijangka akan membuat pembelian terhadap pemain pertahanan berbanding pemain tengah.

Hal ini kerana, Arsenal kini berdepan masalah pemain pertahanan yang mengalami kecaderaan selain tidak menggantikan Thomas Vermaelen yang meninggalkan kelab itu sebelum ini.

Arsenal kini dilaporkan mempunyai tiga pilihan pemain pertahanan tengah iaitu pemain Celtic, Virgil van Dijk; pertahanan Manchester United, Chris Smalling dan pilihan utama mereka dari Aston Villa, Ron Vlaar.

Kelab itu bagaimanapun tidak berhasrat untuk membawa pemain bertaraf bintang pada Januari ini kerana berdepan masalah kewangan.

Arsenal, Arsene Wenger

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain