suria

Djokovic Pertahan Gelaran Paris Masters

Novak Djokovic.
PARIS: Pilihan pertama, Novak Djokovic mudah mempertahankan gelaran kejohanan tenis Paris Masters selepas menewaskan Milos Raonic 6-2, 6-3, awal pagi Isnin.

Djokovic dengan mudah menamatkan perlawanan ini dalam masa satu jam 23 minit.

Djokovic kini sudah memenangi gelaran Masters ke-20 sepanjang kerjayanya dan memenangi kejohanan dalam dewan ini buat kali ketiga sekaligus menyamai pencapaian jurulatihnya, Boris Becker di ibu kota Perancis itu.

Pemain dari Serbia itu juga membuat langkahan besar untuk menyudahkan cabaran tahun ini pada kedudukan ranking pertama dunia buat kali ketiga.

Djokovic, Paris Masters

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan La Liga Sepanyol

Artikel Lain