suria

Krisis Pertahanan Kembali Hantui Man United

KECEDERAAN bahu kiri yang dialami pertahanan Manchester United, Marcos Rojo bakal merunsingkan pengendalinya Louis van Gaal apabila  Chris Smalling turut dilayangkan kad merah.

Krisis kekurangan pemain pertahanan itu kembali menghantui Van Gaal ketika anak didiknya tewas kepada Manchester City 1-0 di Stadium Etihad pada Ahad.

Ketika kehilangan Rojo yang berjaya menggagalkan penguasaan City pada minit ke-56, jurulatih kelahiran Belanda itu membawa masuk pertahanan mudanya Paddy McNair.

McNair

Rojo yang dibeli pada harga £16 juta diusung keluar dengan diberikan bantuan oksigen kerana terseliuh bahu.



Pemain pertahanan Argentina itu mengalami kecederaan ketika cuba menghalang pergerakan Martin Demichelis.

Berikutan itu, Van Gaal kini kehilangan tiga pemain pertahanan iaitu Rojo, Smalling dan Jonny Evans, manakala kekosongan itu mungkin akan diambil alih oleh McNair yang berjaya mempamerkan aksi konsisten sehingga kini.

Artikel Berikut

Van Gaal Gelar Smalling Bodoh

Artikel Lain