suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rai Kemenangan Secara Melampau, Pemain Pingpong Hilang Wang Kemenangan

PEMAIN pingpong profesional dari China, Zhang Jike terpaksa menjadikan hadiah kemenangan sebagai pampasan terhadap tindakan melampau ketika meraikan kemenangan yang dicapai dalam kejohanan Piala Dunia Liebherr Lelaki.

Zhang yang berjaya menjuarai kejohanan tersebut telah menyepak papan iklan yang merupakan penaja pertandingan itu sehingga rosak sebaik sahaja menewaskan rakan senegara, Ma Long.

Tidak cukup dengan itu, dia juga dianggap melampau apabila membaling bajunya kepada penonton.

Berikutan tindakan tersebut, Persekutuan Pingpong Antarabangsa (ITTF) memutuskan untuk tidak memberikan wang kemenangan Zhang sebanyak £28,000.

Menyesal dengan tindakan berkenaan, Zhang kemudian berkata," Saya meminta maaf atas apa yang dilakukan. Ia tindakan yang tidak boleh diterima, saya mohon maaf".

Pingpong

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain