suria

Zidane Digantung Sebagai Jurulatih Selama Tiga Bulan

Zidane (dua,kiri) tidak dibenarkan melatih pasukan Real Madrid B selama tiga bulan.

BEKAS bintang Perancis, Zinedine Zidane digantung selama tiga bulan gara-gara tidak mempunyai sijil kelayakan kejurulatihan yang lengkap.

Zidane,42, tidak dibenarkan membimbing skuad Real Madrid B sehingga dia berjaya memiliki status Level 3 Kelayakan Kejurulatihan yang disyaratkan oleh Persatuan Bola Sepak Sepanyol.

Bekas pemenang Piala Dunia itu menjadi pembantu jurulatih Carlo Ancellotti membimbing pasukan utama Real Madrid pada tahun 2013 sebelum mengambil alih melatih skuad Castilla B walaupun pembantunya Santiago Sanches dipilih sebagai ketua jurulatih ketika itu.

Bagaiamanapun Jawatankuasa Pertanding badan induk tersebut yang ketuai Francisco Rubio mengambil keputusan untuk menggantung Zidane dan Sanchez selama tiga bulan.

Rubio sebelum itu menerima aduan daripada Miguel Galan, presiden Jurulatih Bola Sepak kebangsaan Sepanyol.

Pada Jun lalu, Madrid mengumumkan Zidane yang bermain dengan kelab ini ini 2001 sehingga bersara 2006 sebagai jurulatih pasukan simpanan musim ini.

Namun Galan tidak bersetuju kerana Zidane tidak mempunyai kelayakan yang sepatutnya, dan Rubio bersetuju.

Zinedine Zidanem perancis

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain