suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Chong Wei Dipercayai Atlet Elit Gagal Ujian Doping

Lee Chong Wei.
PETALING JAYA: Datuk Lee Chong Wei dipercayai 'atlet elit' yang gagal ujian doping dalam satu kejohanan antarabangsa baru-baru ini.

Pada Selasa, seorang atlet dilaporkan positif ujian doping tetapi nama dan butiran melibatkan atlet terbabit perlu dirahsiakan sehingga keputusan sampel B diketahui.

Atlet tersebut antara yang dipilih secara rawak untuk menjalani ujian doping.

Atlet tersebut sudah dimaklumkan mengenai perkara itu melalui surat bertarikh 1 Oktober lalu.

Malah atlet itu turut meminta untuk menjalani ujian sampel B pada 16 Oktober lalu, sehari sebelum tarikh akhir untuk memohon sampel tersebut diuji.

Atlet tersebut berkata beliau akan melihat sendiri proses tabung sampel B dibuka.

Namun, tarikh keputusan ujian sampel B akan dikeluarkan tidak diberitahu.



Lee Chong Wei, doping

Artikel Sebelum

Keputusan Tenis ATP Basel

Artikel Berikut

Keputusan Tenis ATP Valencia

Artikel Lain