suria

Woodward, Van Gaal Kecewa Man United Seri

KETUA Eksekutif Manchester United, Ed Woodward dirakam berada dalam keadaan kecewa ketika menyaksikan usaha pemain kelab itu yang terpaksa berhempas pulas demi mendapatkan keputusan seri semasa menentang West Brom awal pagi Selasa.

Raut wajah Woodward itu dirakam oleh kamera yang membuat siaran langsung sebelum ia menjadi sebahagaian daripada analisis pengulas.

Woodward appears to bey caught swearing in frustration as United again fail to win away from home
Dalam perlawanan yang berkesudahan dengan keputusan seri 2-2 itu, Daley Blind muncul sebagai hero apabila berjaya menjaringkan gol kedua buat United selepas Marouane Fellaini.

Louis van Gaal yang turut kecewa mendakwa,"United telah memiliki pasukan yang hebat untuk mendapatkan tiga mata.

"Tetapi hilang dua mata. Saya rasa kami telah menjadi pasukan yang baik. Tetapi saya kecewa dengan keputusan ini.


"Saya tidak fikir West Brom telah mencipta banyak peluang, saya rasa kosong dan kami telah memberi dua gol berkenaan kepada lawan.

"Kami telah mencipta empat peluang pada separuh masa pertama dan tujuh pada babak kedua. Saya gembira terhadap gaya permainan tetapi kecewa dengan keputusan," katanya yang kelihatan kecewa. 


Manchester United

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain