suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua Gol Sendiri QPR Punca Kemenangan Liverpool

Pemain-pemain Liverpool meraikan kemenangan ke atas QPR.
STEVEN Gerrard mengakui pasukannya bernasib baik berjaya mengutip tiga mata penuh di Loftus Road selepas dua pemain QPR menjaringkan gol sendiri.

Richard Dunne tersilap  percaturan dengan menjaringkan gol sendiri pada minit ke-67.

Namun Eduardo Vargas menyamakan kedudukan pada minit ke-87.

Pada minit ke-90 Philippe Coutinho menjarakkan kedudukan dengan menjaringkan gol kedua Liverpool.

Pun begitu, Vargas berjaya menyamakan kedudukan 2-2 sebelum aksi dramatik Steven Caulker memusnahkan keputusan seri itu pada minit akhir perlawanan.

“Secara jujurnya kami masih lagi terkejut dengan permainan hari ini.

“Kami sangat bertuah,” jelas Gerrard.

Jelas Gerrard, pasukannya perlu membuat memperbaiki setiap sudut permainan.

“Kami perlu meningkatkan prestasi. Pun begitu saya percaya masing-masing layak menerima pujian kerana tidak pernah berputus asa dan bekerja keras.

“Pasukan berjaya meraih tiga mata kerana terus mencuba, dan tuah menyebelahi kami," tambahnya.

Liverpool, QPR

Artikel Sebelum

Artikel Lain