suria

Separuh Akhir Piala Malaysia: Felda United Atasi JDT 4-3

Pemain JDT, Jorge Pereyra Diaz (tengah) dibentes pemain Felda United, Hasni Zaidi Jamian (kanan) dan Shukur Adan pada aksi perlawanan separuh akhir pertama antara Felda United dan JDT di Stadium Selayang, malam Isnin.

KUALA LUMPUR: Skuad FELDA United FC menewaskan Johor Darul Ta'zim (JDT) 4-3 dalam satu saingan menarik perlawanan separuh akhir pertama, Piala Malaysia di Stadium Selayang, malam Isnin.

Tuan rumah merakamkan kemenangan tipis dengan gol daripada Edward Junior Wilson pada minit ketujuh, Syamim Yahya (m-42) dan dua daripada Makeche Ndumba pada minit ke-60,92.

JDT bangkit lebih bertenaga pada babak kedua untuk merapatkan jurang dengan tiga gol daripada Jorge Pereyra Diaz pada minit ke-51 dan 90 serta Luciano Figueroa, minit ke-80.

Perlawanan ini juga menyaksikan satu rekod layangan kad kuning iaitu keseluruhan 10 termasuk satu kad merah ke atas pemain FELDA, Nasriq Baharom pada minit ke-53.


JDT, Felda United

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain