suria

Bintang Amerika Syarikat Warnai Golf CIMB 2014

KUALA LUMPUR: Bekas juara Piala FedEx 2012, Brandt Snedeker adalah antara empat bintang Amerika Syarikat yang bakal menyertai Kejohanan Golf CIMB Classic 2014 di Kelab Golf & Country Kuala Lumpur (KLGCC) di Bukit Kiara di sini dari 30 Oktober hingga 2 November ini.

Kejohanan bernilai US$7 juta (RM22.917 juta) itu turut menyenaraikan juara Kejohanan PGA 2013, Jason Dufner, pemenang 20 kali Jelajah PGA, Davis Love III dan juara Terbuka Britain 2009, Stewart Cink.

Ketua Pegawai Pemasaran dan Komunikasi Kumpulan CIMB, Effendy Shahul Hamid berkata selain bintang Amerika Syarikat itu, pemain lain ialah pemain Kanada, Mike Weir, bekas juara Masters 2003.

Di samping itu, pemain Afrika Selatan terdiri daripada Retief Goosen, Trevor Immelman, Louis Oosthuizen dan Charl Schwartzel, katanya dalam kenyataan pada Ahad.

"Edisi kelima ini telah membuktikan kematangan dan menjadi antara acara utama dalam kalender golf dunia. Kami gembira kerana kejohanan ini mampu menjadi daya tarikan dengan kehadiran pemain ternama tahun ini.

"Ini adalah berita baik untuk Malaysia dan menunjukkan kemampuan negara menganjurkan acara bertaraf dunia," katanya.

Pada kejohanan ini, Malaysia akan diwakili oleh dua pemain berpengalamania itu, Danny Chia, selaku juara pusingan kelayakan kebangsaan Sapura Kencana, dan seorang pemain tempatan terbaik dalam senarai terbaru ranking dunia.

Pihak penganjur akan mengumumkan pemain kedua itu pada Isnin.

CIMB Classic, yang diiktiraf bersama Jelajah Asia dan Persatuan Golf Profesional Malaysia, akan menampilkan 78 pemain elit iaitu 60 daripada Jelajah PGA, 10 daripada Jelajah Asia dan lapan pemain tajaan.

Golf, Cimb

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain