suria

Nasib PKBM Diketahui Minggu Ini - Khairy

Khairy Jamaluddin.
KUALA LUMPUR: Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) akan mengetahui nasib mereka minggu ini berhubung salah urus dana tahunan bernilai RM1.5 juta.

Angka berkenaan diperuntukkan kerajaan untuk membangunkan sukan berbasikal terutama bagi acara lebuh raya.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata Panel Khas Penasihat Sukan yang dipengerusikan Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid sudah menyiapkan siasatan mereka dan menyerahkan laporan akhir kepada beliau.

"Ya, saya akan menangani isu ini minggu ini. Laporan akhir sudah diserahkan kepada saya tetapi saya perlu membetulkan beberapa isu sebelum saya boleh membuat pengumuman," katanya kepada pemberita selepas merasmikan acara Laureus Sports for Good Summit 2014 di sini selama tiga hari bermula, hari ini.

Sebelum ini beliau mengarahkan Suruhanjaya Sukan supaya menggantung PKBM sehingga panel sukan siap siasatan mereka.

Audit ke atas perbelanjaan persatuan itu dibuat berikutan aduan bahawa laporan program berbasikal lebuh raya dan perbelanjaan PKBM didapati terlalu umum. 

PKBM

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain