suria

Pahang Layak Ke Separuh Akhir Piala Malaysia

Pemain Pahang Mohd Fauzi Rozlan meraikan gol bersama rakan pasukan ketika menentang PDRM, malam Sabtu. - fotoBERNAMA
SHAH ALAM: Juara bertahan Pahang layak ke separuh akhir Piala Malaysia 2014 selepas mengalahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan agregat 3-2.

Pada aksi suku akhir kedua di Stadium Shah Alam di sini, malam Sabtu, Pahang menewaskan PDRM 2-1.

Gol Pahang dijaringkan oleh Zeshan Rehman pada minit ke-77 dan Mohd Fauzi Rozlan pada minit ke-90 manakala PDRM pula menerusi Mohd Fauzi Abdul Majid pada minit ke-18.

Pada suku akhir pertama di Stadium Darul Makmur, Kuantan, 3 Okt lepas, kedua-dua pasukan terikat 1-1.

Senarai Pemain:

PAHANG: Mohd Khairul Azhan Mohd Khalid, Mohd Saiful Nizam Miswan, Damion Delano Stewart, Zeshan Rehman, Mohd Razman Roslan (kapten), Azidan Sarudin, Mohd Faizol Hussain (Mohd Shahrizan Mohd Salleh), Mohd Hafiz Kamal (Mohd Fauzi Rozlan), R. Gopinathan, Dickson Nwakaeme, Azamuddin Mohd Akil.

PDRM: Mohd Azizon Abd Kadir, Rafael Souza Silva, Mohd Fadhil Mohd Hashim, Ahmad Ezrie Shafizie, Mohd Muslim Ahmad (kapten), Mohd Afif Amiruddin, V. Thirumurugan, Mohd Fauzi Abd Majid (Mohd Sabre Mat Abu), Bobby Gonzales, Ashfaq Ali, Mohamadou Sumareh (Chad Charles Souza).

Pengadil:
Mohd Nafeez Abd Wahab


Piala Malaysia, separuh akhir, Pahang

Artikel Sebelum

Artikel Lain