Pasukan tuan rumah menjaringkan dua gol pada babak kedua menerusi Arkadiusz Milik pada minit ke-50 dan pemain gantian Sebastian Mila pada minit ke-88.
Jerman gagal memanfaatkan beberapa peluang besar untuk memecah kebuntuan.
Pemain yang membuat penampilan pertamanya, Karim Bellarabi mempunyai peluang terbaik untuk mencipta hatrik untuk Jerman namun kecekapan penjaga gol Poland, Wojciech Szczesny berjaya mematahkan percubaan tersebut.
Pemain gantian Jerman, Lukas Podolski nyaris merapatkan jurang gol ketika perlawanan berbaki 10 minit tetapi percubaannya terkena palang.
Ia merupakan kekalahan pertama Jerman di gelanggang lawan sejak 1998 dan juga kekalahan pertama dalam aksi kompetitif dalam tempoh tujuh tahun.
Jerman akan melayan kunjungan Republik Ireland manakala Poland akan bertemu Scotland pada Selasa depan.


