suria

Hasrat Man City Dapatkan Falcao Hampir Tercapai

HASRAT Manchester City untuk mendapatkan Radamel Falcao hampir tercapai apabila penyerang kelab itu, Alvaro Negredo bersetuju menyertai Valencia pada Ahad.

Berikutan itu, juara Liga Perdana Inggeris tersebut telah membuat tawaran kepada penyerang Monaco untuk menyertai mereka.

Tindakan City yang bersedia mengeluarkan belanja tinggi mungkin menyebabkan Arsenal yang turut mahu mendapatkan Falcao berputih mata.

Selain itu, Manchester United turut menawarkan Falcao sebagai penyerang kelab berkenaan, namun skuad bimbingan Louis van Gaal tidak mungkin mengeluarkan perbelanjaan tinggi selepas mendapatkan Angel di Maria sebelum ini.

Citu mengharapkan Negredo meninggalkan kelab itu untuk mendapatkan semula modal pembeliannya berjumlah  £20 juta tetapi Valencia mahukan perpindahan secara pinjaman.

Dengan mendapatkan semula  £20 juta itu, City mampu membuat tawaran lebih tinggi bagi memperolehi Falcao sekaligus memenangi perlumbaan menandatangani penyerang berskil terbabit.

Skuad bimbinngan Manuel Pellegirini terdesak untuk mendapatkan penyerang baharu selepas kelab berkenaan ditewaskan Stoke 0-1 pada Sabtu.

Artikel Sebelum

Arsenal Aktif Buru Penyerang Baharu

Artikel Berikut

Artikel Lain