suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Arsenal Aktif Buru Penyerang Baharu

ARSENE Wenger mengakui skuadnya akan menambah seorang lagi penyerang sebelum tingkap perpidahan ditutup pada Isnin.

Berikutan itu, Arsenal kini menjadi antara kelab paling aktif pada minit terakhir pemindahan dengan menyasarkan beberapa penyerang utama.

Kelab itu terdesak untuk mendapatkan penyerang selepas seri 1-1 dengan Leicester pada Ahad akibat daripada kecederaan yang dialami Olivier Giroud.

"Kami sangat aktif ketika ini, kami berkerja keras untuk mencari jalan penyelesaian (masalah penyerang).

"Tiada siapa dapat meramalkan apa yang akan berlaku dalam tempoh 24 jam (Isnin)," kata Wenger.

Liga Perdana Inggeris telah mengeluarkan perbelanjaan sebanyak £725 juta sehingga Jumaat, iaitu jumlah tertinggi.

Bagaimanapun terdapat beberapa kelab masih memburu pemain di saat akhir pemindahan sebelum ia ditutup pada Selasa.

Arsenal

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain