Wayne Rooney Kapten Baru England - Sukan | mStar

Wayne Rooney Kapten Baru England

Kapten baru England...Wayne Rooney

LONDON: Kapten dan penyerang Manchester United, Wayne Rooney telah dinamakan sebagai kapten pasukan kebangsaan England yang baru.

Pengumuman itu dibuat oleh Pengurus England, Roy Hodgson ketika beliau menamakan senarai pemain-pemain untuk perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Norway di Stadium Wembley pada 3 September ini.

Penyerang berusia 28 tahun itu mengalas tanggungjawab ini daripada Steven Gerrard, yang telahpun mengumumkan persaraannya di peringkat antarabangsa sebaik sahaja England tersingkir di peringkat kumpulan pada temasya Piala Dunia dua bulan lalu.

Rooney yang telah bermain sebanyak 95 kali untuk pasukan kebangsaan dan menjaringkan 40 gol turut dinamakan sebagai kapten Manchester United awal bulan Ogos.

Selepas menentang Norway, England dijadualkan untuk bertemu Switzerland dalam pusingan kelayakan Euro 2016, 8 September nanti.

Hodgson turut menamakan empat pemain baru dalam skuadnya iaitu pemain muda Arsenal, Calum Chambers, pemain Newcastle, Jack Colback, pemain Tottenham Hotspur, Danny Rose dan pemain Aston Villa, Fabian Delph.

Senarai penuh skuad kebangsaan England adalah seperti berikut:

PENJAGA GOL: Fraser Forster (Southampton), Ben Foster (West Bromwich Albion), Joe Hart (Manchester City).

PERTAHANAN: Leighton Baines (Everton), Gary Cahill (Chelsea), Calum Chambers (Arsenal), Phil Jagielka (Everton), Phil Jones (Manchester United), Danny Rose (Tottenham Hotspur), John Stones (Everton).

TENGAH: Jack Colback (Newcastle United), Fabian Delph (Aston Villa), Jordan Henderson (Liverpool), James Milner (Manchester City), Alex Oxlade-Chamberlain (Arsenal) Raheem Sterling (Liverpool), Andros Townsend (Tottenham Hotspur), Jack Wilshere (Arsenal).

PENYERANG: Rickie Lambert (Liverpool), Wayne Rooney (Manchester United), Daniel Sturridge (Liverpool), Danny Welbeck (Manchester United).

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

Artikel Lain