suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Presiden PSTNT Tanding Jawatan Utama PSM

KUALA TERENGGANU: Presiden Persatuan Sepaktakraw Negeri Terengganu (PSTNT) Mohd Shapian Ali mengesahkan akan bertanding jawatan Presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) pada mesyuarat agungnya pada 13 Sept depan.

"Saya akan teruskan hasrat ini, kalau tidak orang akan marahkan saya pula,ramai orang akan menyokong saya, ini menggambarkan ahli-ahli gabungan inginkan perubahan," katanya. 

Menurut Mohd Shapian yang juga Timbalan Presiden PSM, beliau berjanji sekiranya tiada perubahan dalam tempoh sepenggal, beliau sedia berundur. 

Katanya beliau cuma memerlukan satu tempoh yang pendek atau satu penggal untuk membawa perubahan dan mengembalikan kegemilangan sepak takraw negara. 

"Ini janji saya dan media boleh jadi saksi janji saya ini" katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Liga Sepaktakraw Terengganu 2014 pada Rabu. 

PSTNT, Mohd Shapian Ali

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain