suria

Arsenal Layak Ke Saingan Liga Juara-Juara

Sanchez (kanan) membawa Arsenal layak ke aksi utama Liga Juara-Juara.

ARSENAL mara ke perlawanan kumpulan utama Liga Juara-Juara selepas menang 1-0 ke atas Besiktas pada aksi play-off kedua di Stadium Emirates Stadium awal pagi Khamis.

Gol tunggal jaringan pemain baharu The Gunners, Alexis Sanchez pada minit terakhir sebelum babak pertama berakhir.

Selepas terikat seri tanpa jaringan pada aksi pertama di Istanbul sebelum ini, anak buah Arsene Wenger itu mengatur strategi lebih baik dengan di laman sendiri sekaligus menang dengan agregat 1-0.

Arsenal mencatat rekod kali ke-17 mara ke aksi Liga Juara-Juara ini biarpun terpaksa bekerja keras mengetepikan wakil kelab Turki itu. 

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain