suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Terbuka Malaysia: Nicol David Gagal Ke Saingan Akhir

Nicol (kanan) tewas di tangan Raneem pada perlawanan separuh akhir Terbuka Malaysia di Kuala Lumpur, Jumaat. Foto SAMUEL ONG / THE STAR

KUALA LUMPUR: Pemain nombor satu dunia, Datuk Nicol David gagal untuk meraih gelaran Terbuka Malaysia buat kali kesembilan apabila kecundang pada perlawanan separuh akhir di tangan Raneem El Weleily dari Mesir di Nu Sentral Mall pada Jumaat.

Nicol yang merangkul gelaran juara Terbuka Malaysia sebanyak lapan kali disingkirkan oleh Raneem dengan 11-7, 6-11, 8-11, 11-13.

Ia merupakan kegagalan kali kedua anak kelahiran Pulau Pinang itu pada tahun ini, di mana sebelum ini tewas di tangan pemain Mesir, Nour El Sherbini dalam Kejohanan Skuasy Wanita Dunia pada Mac lalu.

Raneem akan bertemu dengan pemain nombor 25 dunia, Nour El Tayeb pada perlawanan akhir.

Nicol menjuarai Terbuka Malaysia dari 2005 hingga 2011 dan pada tahun lalu. Beliau pernah tewas di tangan Raneem pada perlawanan akhir Terbuka Malaysia 2012.



Artikel Lain