suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nani Kembali Ke Sporting Lisbon, Rojo Ke Man United

LOUIS van Gaal mahu Nani kembali ke Sporting Lisbon bagi membolehkan pertahanan kelab itu, Marcos Rojo berhijrah ke Manchester United secepat mungkin.

Jurulatih kelahiran Belanda itu terpaksa menunjuk jalan keluar kepada Nani bagi memulihkan krisis pertahanan pasukan berkenaan.

United juga semakin terdesak untuk mendapatkan Rojo apabila pasukan tersebut tewas kepada Swansea 1-2 di laman sendiri pada Sabtu.

Kelab itu turut yakin dapat menyelesaikan pembelian Rojo bernilai £16 juta dengan menyerahkan semula pemain sayap Portugal itu kepada Sporting.

United gagal mendapatkan pertahanan terbaik selepas Thomas Vermaelen ke Barcelona dan Matts Hummels tidak dilepaskan kelabnya.

Bagaimanapun kini, United perlu berusaha mendapatkan Rojo sebagai pengganti kepada kekecewaan Van Gaal kerana gagal membawa masuk kedua-dua pemain berkenaan.

Artikel Lain