suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

FAM Ubah Jadual Perlawanan Piala Malaysia Sempena Hari Berkabung

KUALA LUMPUR: Kesemua empat perlawanan bola sepak kejohanan Piala Malaysia 2014 yang dijadual diadakan Jumaat ini, ditunda ke hari berikutnya. 

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berkata keputusan mengubah jadual itu dibuat bagi menghormati Hari Berkabung Kebangsaan pada Jumaat apabila beberapa mayat mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines MH17 dibawa pulang ke tanah air dari Netherlands.

Menurut laman sesawang FAM, kecuali perlawanan antara Angkatan Tentera Malaysia dan Kelantan, yang ditukar ke Stadium Shah Alam (pada mulanya dijadualkan berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Selayang), semua perlawanan lain akan diadakan megikut jadual asal.

Perlawanan yang ditunda ialah pertemuan bagi Kumpulan A antara Pahang dan Felda United FC di Stadium Darul Makmur dan Johor Darul Ta'zim II menentang pasukan Singapura Lions XII di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang.

Turut ditunda ialah perlawanan Pulau Pinang dengan Johor Darul Ta'zim di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang dan Angkatan Tentera Malaysia menentang Kelantan.

Pesawat MAS MH17, yang membawa 298 orang, terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai.

FAM, Piala Malaysia, Hari Berkabung

Artikel Sebelum

Artikel Lain